Friday, December 10, 2010

Tukar Tahun

waktu berputar2 dan masuk ari ni sebulan lebih aku xupdate blog.ye sebulan utk aku tidak bersuara apa2 di dlm blog ni.mungkin sebab persekitaran aku yang membuatkan aku xberasa nak update blog.dan mungkin juga faktor internet tiada di rumah membuatkan aku sangat malas utk update.(ye rumah baru aku skang lebih sekadar mempunyai keperluan asas.air,elektrik,dan mesin basuh).hiburan hanya dari laptop, dan mp3 sahaja.kekadang aku rasa bosan tapi aku bersyukur juga kerana ini akan menunjukkan aku mampu hidup secara minimalis.

hari ini di pejabat aku tiada kerja sangat.maka waktu2 senggang ini digunakan dgn tidak efisiennya dgn menulis.oh ya sebenarnya aku punya roll filem yang sudah dicuci dan telah diupload ke FB aku.cuma aku tak terasa nak upload kat blog aku ni.Aku telah pon menambah rakan baru utkGAGA,si kamera holga.Kamera compact "point & shoot" lebih simple dan tiada effect khas seperti vignette,multiple exposure dan flash berwarna-warni.terpulang kepada skills aku semata2 utk mengambil gambar yang berkualiti.Lebih separuh gamba2 aku yang jadi bile guna kamera ni.oh ye kamera ini jenis ROLLEI Giro 70 WA.hehe.senang dibawa ke mana2.

Oh, hujung tahun ni aku akan bercuti 5 hari.dari krismas ke tahun baru.maka, pada tarikh2 demikian I'Allah aku akan berada di Kluang.dan di Kluang juga sudah ternanti sebuah kejutan.kejutan ape?????Ok.ini akan membuatkan korang rasa aku tamak haloba dan boros.aku admit jugak sebab beberapa minggu selepas ROLLEI,aku gi order SMENA 8m.gila kan??ahaha.aku pun dah rasa cukup la aku tambah koleksi utk thn ni.thn depan belum tau lagi.jadi balik Kluang nnt aku nak explore SMENA 8m pula bagaimana hasilnya.menurut review,kamera ini memerlukan kesabaran yg tinggi.yelah fully manual.dgn inaccurate viewfinder,confirm mencabar kalo nak amik gamba2 potret nnt.aku harap,dgn kamera2 yang aku ada,dapat menajamkan lagi skills photography & lomography.aku juga berharap aku akan dapat terus bermain dgn filem meskipun minyak naik harga.

ok masa mengarut dah tamat.bye.OH ya,aku rasa belum terlambat utk aku ucap selamat tahun baru 1432H.semoga tahun ni membawa keberkatan.

Friday, November 5, 2010

AKU X SUKA #1

Arini ari jumaat 5/11/10.bersamaan hari deepavali.arini aku cuti dari bekerja.yeay!.
tapi bukan ni yang aku ceritakan.ade citer laen.

AKU XSUKA ORANG KACAU MASA AKU MAKAN.

kacau disini bermaksud:

macam ni.tadi aku gi mkn sesorang kat restoran mamak.sedang2 menikmati makanan, tetibe ada plak orang ntah muncul dari mana pastuh duk introduce diri die.cakap nak buat survey.aku dah cakap dah aku xnak dengar.tapi sibuk jugak nak bercerita.pissed off aku jap.ye aku paham ko hanya menjalankan kerja ko.tapi kalo org dah xnk dengar why wasting your time talking benda yang mmg aku xinterested nak dengar.Potong siak.mmg la ko bercerita dan aku bley sambung makan.tp utk aku,seorang lelaki kampung nih segan la nak makan depan ko stranger yg gigih bercerita pasal benda yg aku xamik pot.haish..dah 2x aku kene.

jadi aku membuat kesimpulan, benda2 mcm ni bese kot di kota metropolitan.tapi please arr, jgn la approach aku time aku makan/sedang.mmg aku xde nak dgr punya.sbb time2 macam ni otak aku menjurus kepada makanan.dan ko juga sedang mengganggu plan hidup aku.ye ar.pas makan kalo aku nak gi tido ke,urgent ke, tapi sebab ceramah ikhlas ko tuh aku jadi lambat.

so, sekian saja coretan hari ini.

Monday, October 11, 2010

Mimpi

salam.entry ni luahan perasaan.sedikit emosi.ya,aku cry baby.first aku rase mmg nak pendam n xnak citer.tp malam semakin larut dan aku rase aku patut cerita dari aku simpan.

last 2 days aku bermimpi arwah mak lagi.kali ini,dalam mimpi aku berteriak kat die.Oh mungkinkah dosa silam aku menghantui aku dalam mimpi??Ya Allah kenapa mesti ko datangkan mimpi macam tuh.Waktu aku bgn tido aku xperasan,tp bila diingat semula,aku br perasan yg arwah mak dah meninggalkan aku.tp kenapa dalam mimpi tuh aku kena derhaka,berteriak kat die????aku harap lepas ini mimpi2 yang indah akan berlaku kat aku.

Perjalanan hidup aku pun masih panjang.masih byk first time yg bakal aku lalui...Dah sebulan lebih aku bekerja,maka 1st payroll pon aku dpt.tp xdpt la aku menjamahkan sedikit gaji aku kat insan bernama ibu.kekadang sedih jgk, bila dia byk bersusah-payah,last2 dia xdpt tgk kesenangan aku skang.aku harap dia gembira melihat aku dari sana.Pasni, byk lagi yang aku kene tempuh tanpa kehadiran seorang ibu dan aku rasa aku kena kuat.aku kena tabah.

mimpi aku berteriak memang mengusik perasaan aku.mungkin mimpi satu mainan tido,tp mimpi sedemikian buat aku sedih.kalau arwah masih hidup dapat aku tepon dan minta maaf?tapi skang??

aku rasa tiada istilah kegembiraan sebenar utk aku.analogi seperti kehilangan kepingan susun atur yg terakhir.tidak lengkap dan tidak sempurna.semuanya tidak sempurna.seperti ungkapan tiada siapa sempurna.hmmm.".tak baik meratap weii..."tapi aku juga manusia.

tiada yang kekal.semuanya akan kembali kepadaNYA.

p/s:macam mana rasa menanggung rindu yang akan dikandung sepanjang hayat?harap aku tabah.

Wednesday, October 6, 2010

Lagu Hari Ini

lagu lama.tetiba terasa nak dengar.lepas dengar kita berkongsi.kan sesuatu yg indah.


Tuesday, October 5, 2010

Minggu pertama di Kuala Lumpur

Fuh2.Berabuk sudah blog nih..maaf sebab dah lama menghilang.mungkin juga sebab kekangan masa dan juga tiada apa yg mahu diceritakan.owh seperti yang dijanjikan dahulu,bercerita pasal first week aku kat kl?

ok.aku akan ceritakan secara ringkas.Waktu aku berhijrah ke KL nih adalah ketika semua org sedang bercuti Hari kebangsaan,a day after i celebrated my birthday.masa tu la aku terhegeh2 menunggang motor pegi KL sebab keesokan harinya dah mula bekerja.Owh tym tuh, bulan puasa dan lagi 10 hari lagi nak raya.aku pulak tym tuh baru nak gi melapor diri kerja.selepas tibe di KL,aku tumpang menyewa dgn Affanazami.Its kinda funny sbb aku baru jumpe mamat nih kurang 3x (mase tu) n aku menyewa dgn die.selamba jek.

Hari Rabu, Gi TM training college, jln semarak utk settle dokumen2 sebelum masuk keje.owh b4 dat mlm tuh,affan bawak aku tunjuk jln utk aku gi sane since aku br jek sampai kl n h no idea about jalan2 kat sini.so die siap lukis peta bagai utk memudahkan aku esk.so,aku berjaya la sampai ke TMtc tu la.tp pergi jek la.Balik was another story.aku sesat jauh.semuanya sbb salah masuk lorong.bersiar2 aku balik tuh.ntah ape2 jalan aku redah.n tym tuh sampai habes kredit affan aku kejekan sbb die nak bg directions camne nak pulang.hahaha.last2 aku jumpe die kat masjid UPM.die amik aku kat sane n tunjuk jln.huhu.seb bek sempat berbuka.

Hari Khamis,1st tym melapor diri.Mase tuh gi bukit mahkamah,jalan raja chulan.Aritu aku amik keputusan naik tren utk balik.pergi affan anta aku sampai muka pintu TM tuh.So,aku pun gi la lapor diri.Then,after dat,aku kene transfer kat menara TM since post aku tuh mmg kat menara TM tuh.Dlm ati,peh slmt aku xbwk motor.kalo x sesat part 2 aku nak cari menara TM tuh.seb bek ade pak cik Basir die anta aku gi Menara TM. selamat sampai aku kat sane.huhuh.

Dah sampai menara,aku gi tmpt keje aku.jumpe la ngan ofismates2 semua.1st day aku kat ofis,aku jadik tunggul bernyawa.sbb aku takut nk gerak semua org sbb masing2 mcm bz buat keje.aku pon buat keje aku la.Bos aku bg notes suh study.so aku pon stadi jek la.

Maknanye,hari2 la kan aku kene gi keje ke menara tuh kan???haa..mcm mane aku gi ke sane????hari pertama keje kat menara,affan lukis peta pergi dan pulang.n seperti bese la,aku salah masuk simpang.haha.tp sampai jugak la ke menara.balik pulak, mcm2 jalan aku ikut.tp berjaya sampai rumah.

Owh aku juga perlukan "tongkat orang celik" utk bantu aku sepanjang mencari jalan.Terima kasih teknologi,aku guna GPS wei.dan aku naek motor.(sila la gelak berdekah2) sebab sepanjang aku tanye,xde org buat lagi.xkesah la.janji aku sampai ke destinasi.GPS aku bkn embed kat HP ye.GPS device.hahah.

Ada GPS pun,aku maseh ikut jln aku sendri.sebelum raya,5 hari gi tmpt keje,5 hari jalan lain.tp jalan pulang sama la.aku hafal jalan balik dulu sebelum jalan pergi.

Skang,sebulan berlalu.aku dah tau 3 jalan pergi keje.jalan balik ade 2 yang aku hafal.aku dah xguna gps lagi gi keje.heheh.dah mula bese dgn rentak orang kl nih.

K la.jumpe lagi di lain siaran.FYI, aku sedang suka keje aku nih.huhu.

Thursday, September 16, 2010

Inquiry

Salam.hari ni dah raye ke-7.masih dalam mood raya.sendawa juga masih berbau ketupat rendang,kuih almond london dan lain2.poket juga sgt tebal dgn sampul2 raya,duit2 raya xkesah la dari jiran ke,sedara mara.owh itu utk yg masih layak menerima duit raya.utk aku yg sepatutnya dah xpatut dapat, menerima duit raya satu benda yg aku patut bersyukur.terima kasih pada yg masih memberiku duit raya.thn depan beri la lagi.utk makluman,aku xmemberi duit raya thn nih sebab baru shj bekerja.blom smpi sebulan plak tuh.jadi diberi pelepasan.I'Allah thn depan kalau umur panjang dan dimurahkan rezeki, giliran aku pula.

sepanjang seminggu aku beraya nih,aku byk meluangkan masa berehat di rumah.cume 2 hari lepas aku ke rumah mak usu,bertandang, melepak di sana.dan tadi rakan2 universiti pula dtg ke rumah beraya.thanx wan,kamel dan azrul.kerana sudi datang dr melaka beraya kat rumah aku.Baki cuti lagi 3 ari ni akan aku manfaatkan sebaiknye.Esok akan pulang ke Mersing.kampung sebelah abah.Raya~

Cukuplah pasal raya.aku rasa raya korang lagi meriah.itu bukan tujuan utama aku menulis malam ni.sebenarnya, melihatkan followers aku yg bertambah menjadi 53 membuat aku tertanya2.ok, aku sgt berterima kasih kepada yg mmg btul2 follow blog aku.cuma aku tertanya,adakah korg follow blog aku sbb gaya penulisan atau, sekadar follow sebab dgn harapan aku akan follow blog korang balik?owh mungkin ini akan menyinggung mana2 perasaan mana2 pihak.dan jika tersinggung aku minta maaf sempena bulan syawal yg mulia ini.tp ini la persoalan yg bermain di benak fikiran aku.siapa yg xsuka ada org follow blog kita kan?mungkin ada juga yg ckp ek eleh poyo la mamat nih.followers xsampai 100 dah poyo2 nak ckp cmtuh.org yg followers beribu xbising pon.

cume aku nak bgtau la aku xfollow sgt blog2 korang nih.aku tau.mst sedey kan?ahaha.itulah aku.heheh.n pada sesape yg terasa,atau tersinggung,nak unfollow pon xpe.pade yg nak beri maklum balas pon aku sudi mendengar.at least kalo aku salah,aku tau kan.

pada yg btul2 follow, aku akan cube baiki isi kandungan entri supaya lagi bermanfaat dan interaktif.hehhe.

slamat malam.

Saturday, September 4, 2010

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum.firstly, sorry kerana aku dah lama xupdate blog.bkn ape, rase mls nak taip panjang2.tp kali ni aku cuba la jugak since tgh bosan xwat pape.

sebelum aku terlupa,aku ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" kepada semua umat ISLAM di seluruh dunia.Aku juga ingin menyusun 10 jari meminta keampunan zahir dan batin dari kamu2 semua jika aku ada tersilap kata,terkasar bahasa perangai xmolek yg telah aku buat.

tahun ni raya, sesuatu yang baru utk aku alami.1st time raya sebagai pekerja.(ya aku sudah dpt kerja tetap.nnt aku cerita ttg kerja aku.skang nih terlampau awal utk aku beritahu ape skop kerja2 aku, since aku masih go through lagi) 1st time raya tanpa berfikir tanpa exam yg bakal menjelang kelak.Aku harap aku bley bg duit raya thn nih,tp since aku br keje,niat akn di postpone utk thn hadapan.

Ok, this is going to be saddest part of raya yg aku kene tempuh dgn tabah.

For the 1st time, this year, I'm going to celebrate raya,without my mom.sedih mmg sedih,tp aku cuba doakan utk dia bahagia Di sana.I'Allah raya nih aku ziarah pusaranya.semalam the whole night mimpi pasal my mom.teringt kenangan2 dgn die.ok,luahan perasaan plak.sorry.

tadi aku bercerita ttg kerja kan?tp kerja di mana?

skang aku kerja di salah satu syarikat swasta di Kuala Lumpur.Utk sesorg mcm aku yg tinggal di suburb, dtg ke sini mmg culture shock melihat telatah org KL.Pergi kerja misalnya, aku naek motor,dapat dirasakan aura mereka berpusu2 lincah dan pantas menuju ke tempat kerja.Dah la aku nih sejenis xterer bwk motor.Kereta pon sama.maka, aku kene kuasai byk tricks nek motor seperti tricks bwk laju dan mencilok di celah2 kereta.ok itu pasal kenderaan.blom lagi jalan.Selamat la aku bwk motor.If sesat, aku xyah kene byr tol.jadi aku rasa GPS satu keperluan utk aku meskipun aku menaiki motorsikal.peduli hape aku since mmg aku sgt buta jalan2 di KL ni ok.janji aku selamat sampai ke destinasi yg dituju tanpa rasa bimbang sesat.

byk lagi citer,tp nnt jek la aku cite.maybe pasal 1st day aku lapor diri ke?BTYL.

selamat hari raya dan raya tuh beringat2 k.main mercun pon jgn suke2 sgt.berhati2.nex week br aku dpt balik beraya.xpe2 ade 5 hari jek lagi.

Thursday, August 26, 2010

Lagu Hari Ini.

Oh lagu nih best.dari fynn jamal.bgs utk couple2 di luar sane.Enjoy.

Tuesday, July 27, 2010

From GaGa,With Love

Ya, akhirnya,punat2 GaGa kutekan2, tubuh GaGa ku raba-raba!.maka terhasil ilustrasi seni ciptaan manusia gabungan kamera plastik.nikmati gamba-tidak seberapa ini.komen anda amatlah dihargai utk memperbaiki kebolehan berlomo sy.

deskripsi filem: kodak ultramax 400
kamera: holga 135BC
tempat: merata



seroja



affan,seroja dan saya


saya dan affan


haiwan

My personal Favourites :


kereta lama
tercapai jugak hasrat nak amik gamba karat2 nih.gamba curi ye.hehe

Saturday, July 17, 2010

Lagi

tahun ini tanaman tidak menjadi,
tak mengapa,
cuba lagi.
ikut resmi petani,
tanam lagi.

takkan nak salahkan pagar makan padi,
takkan nak harapkan si patung berdiri,
kalau bencana datang lagi?
tak mengapa tanam lagi.

mungkin menjadi,
mungkin juga mati lagi sekali.

tanam lagi.

sampai bila mahu ditanam lagi,
sampai bila meratap tumbuhan mati,
tanam lagi?

tanam lagi,
selagi tubuh empat kerat masih berfungsi,
selagi darah mengalir ke nadi,
jangan berhenti.

Thursday, July 8, 2010

Mimpi

Adakah ia satu petunjuk atau hanya mainan tidur.tapi kelmarin mimpi itu sungguh sedih.mungkin petanda arwah mak juga rindukan aku?lantas hadir dalam mimpi aku??aku patut melawat pusaranya.dah lame xke sana.aku rase mahu bercerita tentang.tp aku rase patut ku pendam sbb mst mengalir butir2 jernih dari kelopak mata ni.hmm....aku harap dapat selalu bermimpi lagi aewah mak.arghh tibe2 perasaan rindu menyelubungi aku.arini genap 3 bulan mak meninggalkan kami.

Wednesday, July 7, 2010

Monolog dengan GAGA

GAGA,maafkan aku.aku rase macam aku dah berpaling tadah terhadap kau sekarang.dirimu sudah lama tidak ku belai dan manja.punat2 mu tidak lagi ku tekan dan ku pusing.maafkan aku GAGA.dirimu kini tidak bercahaya.7 warnamu tidak lagi ke udara.

entah kenapa.aku seakan hilang punca.tiada minat lagi untuk membelai mu.padahal 1 ketika kemain pantang lagi nak berenggang dengan mu.sekarang,ko terbiar begitu saja.arhh bersalah pula rasenye.mungkin ko patut beriku peluang ke-2.

tunggu ye GAGA.nnt aku ade sedikit wang lebih,aku belai kau.



sayang GAGA.











P/s:GAGA adalah sebuah kamera HOLGA
.

Thursday, June 24, 2010

Ada Mood Plak

salam.tetiba malam nih datang plak mood menulis.maaf bkn malam,pagi ye.jam menunjukkan 3.43 pg.k since dah lama xmenulis bek kite mulakan update pasal aku.

skang,aku dah menamatkan pengajian aku dr sebuah universiti swasta tempatan dlm sarjana muda jurusan elektonik khususan telekomunikasi.Alhamdullillah, dgn ujian last sem yg begitu kuat,aku berjaya gak habiskan study aku.trima kasih tak terhingga kepada keluarga,kawan2 baik saya dan kawan2 dan gefren yg xputus2 memberi semangat kepada sy.you know who u are n thanx to all of u.

second,rambut aku dah skit.ye aku botak dah.3 minggu lepas.hehe.sbb penanda aras kepada kehidupan br aku,iaitu alam pekerjaan.jadik nnt ley arr aku recall blik,last tym aku botak bile aku habes study.

ok skang aku adalah penganggur part time.asal part time?sbb part time lagi aku dah bekerja.yes,unofficially employed.keje ape?jeng jeng jeng.kerja xglamer pon.bese2 jek.tp masyuk gak.kerja dimaksudkan adalah budak pasang,bukak khemah dan perkara bersangkut-paut dgn khemah utk majlis2.job description:pasang-buka khemah,menghias khemah, susun kerusi meja,sarung kerusi meja.sape tauke?pak usu aku.die buat katering.jadik catering die siap kanopi/khemah.bhgian2 khemah kitorang yg uruskan.bhgian khemah ada pengurus die.pengurus adalah kembar aku,iaitu sepupu aku,angah(bukan nama sebenar).(aku dgn die mmg rapat and family panggil kitorg kembar,its official).so aku follow die la pegi pasang buka khemah.memula cam kekok gak.tp dah pergi ok la.seronok.sbb byk pengalaman.dpt jumpe mcm2 gelagat.bila lagi nak merasa buat kerja2 handy nih kan?ape yg cambestnye pekerja2 bwh angah ni adalah mereka adalah adik-beradiknya sendiri,uda,achik dan aboy.dan kesemua mereka berkelayakan paling minimum spm.paling tinggi degree.haa gempak x?kau mampu pasang khemah ade degree??hahahha.tp kitorg wat2 bese jek.tnang2.wat2 muka kebanyakan.(sedikit riak plak dah).tuh jek arr skang yg aku buat selain duk umah menganggur.

ok.byk gak aku menulis.k la.nnt aku tulis lagi.

Monday, June 21, 2010

Mohon berundur

aku rase aku mahu berehat dari menulis.sebab aku tak punya keinginan lagi utk menulis.mungkin sekejap.mungkin juga esk aku mula menulis balik.nantikan....

Sunday, May 9, 2010

Patutnya aku study

haah.ye la.patutnya aku study.tapi gi menaip kat blog sini plak.dah tersilap nih.ok..nnt la aku taip lagi.hahhhhaahahahaha..


(release tension mode)

Saturday, May 1, 2010

Lagu Hari Ini








....I MISS U MOM....

Thursday, April 29, 2010

Pilih dan Memilih

kehidupan dan juga pilihan.

seringkali kita berdepan dengan bende2 nih sepanjang hidup.contoh paling dekat.satu jalan di hadapan ada 2 lorong.yg mane satu agaknya kite pilihj kalo 2 2 membawa kite ke satu tempat yg sama?atau 2 lorong membawa kite ke tempat yg berbeza tapi 2 tempat tersebut ada kebaikan dan keburukannya.sukar untuk memilih bukan?

pilihan.semua terletak kepada kita utk memilih.kadang2 aku xsuka memilih bila terpaksa.ya mungkin aku tamak.sebab tu aku selalu rugi.tapi bila aku memilih juga kadang2 aku rugi.macam mana??

berhati-hati dalam buat pilihan.pilihan ditangan anda.dan kita xmampu puaskan hati semua pihak bukan?

Tuesday, April 20, 2010

Trima kasihku utk kamu semua.

Terima kasih kpd kawan-kawan yang memberi sokongan kepada aku.aku sepatutnye kuat ng menghadapi dugaan dan cabaran yang mendatang.tuhan lagi menyayangi arwah ibu dan kiter semua patut meredhakan pemergiannya. tp tu la, aku kene ambil mase yg lama utk menerima hakikat ini. 23 thn hidup beribu, masakan hanya satu hari aku bley trime hakikat tidak beribu. sukar bukan.tunggulah masa dan ketika nnt yang akan menentukan segalanya.buat mase ini, biarkan aku dan perasaan.

Saturday, April 17, 2010

Kosong

hmm...kala sendirian baru aku terasa.aku sangka aku kuat, aku bley pretend utk kuat, tapi bile byk keje mcm nih br aku rase sunyi.aku rindu, aku syahdu.saat ni, aku rase 5 batang rokok xmampu nak menenangkan hati aku.mak, adik rindu sgt kat mak.nape mak pergi tinggalkan adik kala begini mak.kalo mak ade, adik bley mengadu kat mak, dan mak mesti akan tenangkan adik.adik rindu mak..rindu jawapan tuh mak.rindu bile adik call mak,mak cakap "alah cube lah.mak doakan boleh punya".time tu aku rasa doa die mengiringi setiap pekerjaan yang aku buat. mak, adik xupaya lagi mak nak menghadap saat macam ni sorang2.adik ada ramai kawan yang selalu support adik.tapi mak, adik slalu ngadu kat mak kan bile adik susah.pasnih adik dah tak tau camne lagi mak.Abah cakap, kite kene redhakan pemergian mak, adik redha, tapi adik rindu mak.suara mak.adik tau adik slalu sakitkan ati mak,tinggi suara, tapi adik sayang mak,skang adik baru rase perkataan yang slalu mak cakap "bila dah xde mak nnt, ko tau la ape rase die".derita mak.sunyinya dunia tiada mak.kalau ade byk duit, tp xda mak tetap kosong mak.
setiap ari adik tido, adik harap mak datang dlm mimpi adik.adik pernah mimpi mak dtg peluk adik.adik rase xnak tinggalkan pelukan mak.dah seminggu dah mak tinggalkan adik.kalo adik tau ari ahad lepas tuh hari2 terakhir mak, adik xnak tinggalkan mak.tapi sbb tugasan dan kerja adik kene akur.akhirnya 2 2 adik xdpt mak.adik sampai kluang, tgk sebujur kaku. adik tak tau camne nak mengadap hari2 akan datang nih mak.adik dah terfikir, raya nnt macam mane.xdpt nak beraya sama2 dgn mak.slalu pagi raya, mak buatkan air milo sblm kitorg gi smbhyg raya.tp ni dah xda lagi.tp tuh lama lagi.skang nih adik rindu sgt kat mak.slalu hari2 adik telefon mak tnye mak buat ape.skang nih, dah xboleh dah.
mak adik rindu sgt kat mak.serindu-rindunya.kalo kat kluang bley la adik melawat pusara mak.tp kat melaka??bile adik teringtkan mak, adik baca alfatihah.tp tu semua xmampu mak.nak mengubat rindu adik kat mak.adik slalu teringt mak slalu temankan adik kat dpn bile adik blik kluang.tp skang adik rase dah xde dah org temankan adik.kalau la dapat undur masa..adik bkn nak melawan takdir tuhan dan qadar dan qada'.tapi adik juga insan lemah.haih rindunya nak panggil "MAK,MAK".kosongnya hidup ni mak.mak muncullah sekejap,sekejap pon jadiklah sbb dah lame xtgk mak.mak, adik akan jaga abah selagi termampu mak.mak jgn risau.

kuatkanlah semangat ku ya ALLAH utk dugaan ini.terlalu berat utk aku terima sekarang.

luahan hati ini bukan utk minta simpati.tp sbb aku dah xthn lagi.aku rase aku patut lepaskan.ini medium aku.

hidup ini mmg kosong kalau kita hilang salah satu tempat bergantung.

Tuesday, March 16, 2010

Aku Gian Gamba

salam.

aku skang tgh gian.
gian ape??
gian nak amik gamba.seryes.dah sebulan dah filem dalam GaGa tuh,Baru 2 keping jek kot yg aku amik.arr rase nak outing.nak improve skills mengambil gamba.tp tuh arr.mase sungguh mencemburui aku.kalo lame2 dlm GaGa tuh agaknye masuk angin x??huhu.aku pon tatau.biar la dulu.

Giannye.....nak outing.tapi keje banyak.haish...dgn Miss Efwai Pi lagi.Oh Miss Efwai Pi tuh gf sementara saya.Kami couple contract.nnt ade mase aku amik gamba die.bkn skang la tapi.Hehe.Suprise.

Ape yg menambahkan gian aku bile tgk org post gamba lomo cantik2 kat FB.peh giannya.kalo aku ade byk mase n filem2 slides, b&w ke??mst aku dah explore.Ade sape2 nak sponsor utk saya??ia satu pelaburan sebenarnye utk melahirkan bakal jurufoto bertauliah setanding jurufoto2 professional skang.haha.xde la mcm tuh.aku men lomo sebab apresiasi kepada gambar lama yg sungguh cantik.Tapi yang paling best teknik mengambil gamba berulang.atau "Multiple Exposures(MX)".hok nih la wat aku jatuh cinta ngan LOMO.huhu.best2.mmg bley wat pakai photoshop atau len2.tapi xsama beb dgn keseronokan mereka sendiri gambo yg ditangkap.dah la belum tentu lagi hasilnya sama seperti yg kiter nak.tp kebanyakannye xdisangka pon.huhu.kekadang jadik.hehe.wah macam otai jek cerita.padahal budak mentah.hahah.

ow gianku masih belum reda lagi.demm...xpe la.aku sudahi post nih ngan gamba2 yg menggunakan teknik MX.semestinya produk dari Gaga ngan filem Kodak xpon Fujifilm.tuh 2 jek brand yg aku penah try.














owh aku suka amik gamba orang,sebab tuh byk muke yang bertindih.hehe.baru skit koleksi gamba2 aku.ye ar.budak mentah.

P/S:oh gamba2 nih seme gamba kawan2 saya.thanx kat diorang jadik model.hehe

Tuesday, March 9, 2010

Ini ulasan saya.

Hari ini selasa.
semalam ssaya pulang awal ke Melaka.
Alasan saya adalah ingin membuat kerja sekolah yang berlambak.
sungguh munasabah.

Oh sabtu lepas majlis perkahwinan kakak saudari saya.
Norsila dan Taufik.
Sungguh meriah majlis tersebut.
saya sangat gembira.
semoga ikatan mereka akan kekal selama-lamanya.
oh ya,saya sempat menyumbangkan sebuah lagu untuk mereka duet bersama abang kandung saya.
lagu Debunga Wangi - Lefthanded.
persembahan saya mendapat liputan luas pada hari tersebut.oh sungguh xdisangka.

sekarang saya dah pulang ke melaka.
saya pun frust.
kerja sekolah saya banyak.
ujian pula di minggu hadapan dengan 2 kertas.
oh,kalau la saya xperlu tidur untuk 24jam X 5hari(sehingga ahad) = 120 jam kan best.
tapi nanti saya asyik buka Facebook,dan benda2 kurang ilmiah.
jadi solusinya bagaimana???

Thursday, March 4, 2010

Diari si Penangguh

AW AW AW AW!!!!!!!

AW AW AW AW!!!!!!!



byknye keje menunggu.
cukup ke nak habiskannya seminggu??

Monday, March 1, 2010

This might decrease my efficiency

I'm so boring to my life right now.to much work but less efforts to do it.so,what i do??
surf on facebook.yes, that's my solution due to my boring-ness.I love stalking people profiles.but lately,i don't stalk much.what did i do now besides stalking??owhh..i don't play games in facebook.i dunno.i just do't wanna play it.that's all.
So,what i do??

5

4

3

2

1

0

I spread SPAM to my friends walls.I just type SPAM or any other words, and then share at their walls numerous times.I getting love doing it.Maybe some of you might think,its annoying,but for me,that's how i show some love.so people,beware because you might be my next target.hehe..

SPAM !!!!!
SPAM!!!!!!

Saturday, February 27, 2010

Kafein punye pasal.

PUKUL 4.40 pagi.
Status:Masih Belum Mengantuk.

ya aku xboleh tido.ish2.

Friday, February 26, 2010

Entri Bergambar 2.1

Just now,i checked my pictures.Suddenly, i say this pic.la,tertinggal lagi satu rupenye face mask.mesti tuan nih kecik ati.hehe..K enjoy the pic.

Thursday, February 25, 2010

Bedtime Note

besi pasir kimia dan kaca,
rintangan kuasa menjana tenaga,
bersatulah kamu menyenangkan hamba,
semoga sistem ini terlaksana jaya.


+aku,lampu dan komponen elektrik+

Tuesday, February 23, 2010

Entri Bergambar 2
























































































Pictures were taken using Holga 135BC (My GaGa) with different iso films

**MAsked People**

Monday, February 22, 2010

Kalau aku....

kalau aku bisa bermain gitar,
aku dedikasikan lagu ini untuk kamu semua.
lirik ikhlas tidak perlu puitis,
agar kamu faham maksud di dalamnya.

Kalau aku bisa bermain gitar,
ku petik not-not indah untuk dunia,
supaya derita bertukar ria,
supaya duka menjadi gembira,
supaya perangnya menjadi aman hendaknya,
kamu senyum mendengarnya,
mereka senang menghayatinya,
Nah,berulang kali ke udara.

+N.AR+

Entri Separa Kebapaan #1

aku menulis.

ya malam ni aku menulis.menulis utk meluahkan perasaan.okay itu jiwang dan bukan aku sebenarnya.owh itu tipu,xsebenarnya aku jiwang skit.sikit la.ok sedikit pendahuluan untuk entri kurang ilmiah dan sekadar bahan bacaan ringan utk menghilangkan kebosanan.

Owh,anak saudara sulung aku,eamil dah berumur 2 thn.10/2/10 arituh genap la 2 thn.dah makin besar dan makin ligat.macam uncle die jugak.haha.pertama kali aku rasa pembesaran manusia.ye ar,selalu jumpa dan nampaklah dia membesar.balik sekali ke kampung,berubah.lagi sekali balik kampung dan berubah.huhu.masa kecil dulu,aku selalu buli dia.sekarang pun.bezanya sekarang dia dah pandai buli aku balik.Aritu masa raya cina,4 hari la aku menghabiskan masa bersama dia.

Pagi:

Aku bgn tidur.sarapan dan lepak ke ruang depan menonton tv.pastuh tidak semena2 budak kecik tuh datang dan pegang ibu jari telunjuk aku.(sangat comel bila bdk kecik genggam jari org dewasa)."JOM",kata eamil.aku sengaja memberatkan punggungku."Ucu,jooom".

Aku:nak gi mane??
Eamil:tuhh.
Aku:mana?.

Eamil membawa aku ke tempat gantungan kunci dan tunjukkan kunci "mickey mouse".

Aku:nak jalan-jalan nek Lyn la tuh.pagi lagi la tuh.
Eamil:merengek dan membentak mahu dibawa jalan bersiar2 ngan Lyn gak.ok.
Aku:ambil kunci dan bawa dia keluar rumah.

sampai di luar rumah.

Aku:kita naik motor ni.(sambil menunjuk kepada motor abah.motor C70)
Eamil:menggeleng kepala.
Aku:peh kerek btul bdk kecik nih.sambil menghidupkan enjin dan bawak Eamil pusing2 kampung.

Pagi dah dibawa bersiar2.petang pon pantang aku ke depan,mesti nak gi jalan jugak.haih seb baik dia sorang jek.tp aku suka bila die tiba2 buat baik,behave dan genggam jari telunjuk aku.arr comel sungguh.pastuh cakap "jom,ucu".jalan jek keje die nih.kat pontian xpuas berjalan la kot.xde sape nak melayan.haha.

yang cambest dia ni suka sangat dgn Lyn.Lyn jek yang dia nak naek dibawa bersiar2.aritu,sepupu aku bawak motor sama mcm Lyn.aku dah malas aku sruh sepupu aku bawak dia jalan2,tetap menolak.walaupun aku nak bawak dia jalan2 dgn motor tersebut,dia tetap enggan.Dia mahu dibawa bersiar2 dgn Lyn.aku tatau nape minat sangat die dgn Lyn.sbb lyn,cute kot.hehe.

macam tu la 4 hari aku habiskan masa dengan eamil.hari2 rutin sama.bawak jalan,bergurau senda dgn dia,tidur.

Masa tidur:

Baring sebelah aku kat depan.pastuh aku tepuk2 la dia sampai dia terlelap.wah terlelap.tapi aku tepuk kosong jek,xde la lagu,lullaby bagai.tidur jugak dia.bila tgk muka dia tidur rasa tenang jek.ye ar budak kecik tidur kan.comel lagi.hahaha.kalo dia bangun esok,start lagi la rutin yg kekadang wat aku rase nak backhand-tapi-xsampai-hati-sbb-dia-bdk-kecik.sabar jek la ye.itulah bezanya bergurau dgn bdk kecik dan bdk besar.kalau sakat camne sampai dia nanges,5 minit dia carik ko balik ajak bergurau.

haha.seronok btul layan bdk kecik nih.tp umur 3 thn ke bawah.aku rase thp umur macam tuh die xbyk pengaruh2 kartun Cartoon Network,Geng Bas Sekolah,Ben 10.maka,seronok utk dibuli.

Arr,kalo anak aku nnt camne la aku layan die ek????

Monday, February 1, 2010

err...

oh blog ini sudah tidak berbela.sungguh kasihan,tunggu la masa dan ketika kelak..hehe