Wednesday, July 30, 2008

perjanjian SYUKUR 21

hahah tajuk mmg xnak mengalah kan.actually perjanjian nih dah dimeterai semalam pada tanggal 29 JULAI 2008 masihi.perjanjian yg berlangsung di rumah beralamat 35,jln tmn bukit bruang utama 3,tmn bukit bruang utama,melaka.mesti korg xsabo nak tau isi perjanjian yg ala2 citer filem nih kan...


ISI KANDUNGAN PERJANJIAN SYUKUR 21:

1)setiap org hendaklah bangun menunaikan solat subuh sebelum pukul 6.45 pagi.dan jika ia gagal utk bgn setelah dikejut dan melepasi waktu yang ditetapkan,maka hukumannya adalah
BOTAK!!!!.
2)setiap bulan apabila ade seorang yg sudah dibotakkan,maka perjanjian akn diteruskan utk bulan hadapan.(maksudnya sebulan akn ade seorg jek dibotakkan kepala.pastuh sambung bulan depan)

amacam ade beran?
gile xbudak2 umah aku nih?.korg bayangkan la rambut yg disayangi,dibelai dan dijagai dan disimpan hampir beberapa bulan akan hilang sekelip mata???
aku setuju perjanjian nih sbb die melatih aku bgn subuh hari2.n yg xbestnye kalo kene botak.
n aku tau bdk2 umah tuh mst xsabo nak tgk aku botak pasal diorg xpnah tgk aku botak.
mmg aku rase insecure when it turns to nite skang.seryes.tp sonok jugak wat keje gile camnih.
haahaha...pasnih kalo tg aku botak jgn tnye kenape k.

bye.

Sunday, July 27, 2008

anugerah

kau jadikan dia adanya aku,
dia terlalu sempurna untukku tuhan,
jangan kau ambil dia dariku,
sesungguhnya siang malam ku tiada beza tanpanya,
makan mandiku tiada maknanya,
lena sedarku tiada aturannya,
dia satu anugerah,
anugerah paling indah untukku.


dedikasi khas buat teman yang sentiasa bersama aku di waktu senang dan susah.

Thursday, July 24, 2008

krom

krom,
kau satu warna aneh,
tercetus hasil tindakbalas kimia,
kimia mu menghasilkan refleksi yang memandang mu

dirimu saksi segalanya,
suka duka dunia,
zaman mudanya ke zaman akhirnya,
tanpa mengira usia,
kau diminati jua,
warnamu menarik pandangan.

dirimu sungguh rapuh,
lapok dek hujan,
lekang dek panas,
sinarmu mudah menghilang,
sentuhan memberi konsekuensi,
warnamu sukar diyakini.

pergi-pergi sang air,
jangan kau hampiri krom,
aku mahukan krom itu bersinar,
seperti selalu.

karat,kau cela krom,
kau hilangkan seri krom,
nyah kau karat,
ko duri dalam daging,
kau kuasai krom kelak.

mungkin juga aku seperti krom,
perlukan jagaan,
atau mungkin aku akan berakhir,
dimamah karat dimakan hari.

skit jek

hai.dah lame xpost something.
this entry is dedicsated to all my frens.
if you drop by to this blog,just leave a msg to me.
hehe.all of you mean everything 4 me besides dis sorg bdk kecik yg korg-tahu-siapa la kan.
lagipun bulan 8 kan frnship day.so kira in advance punye aku bagi.
last but not least kalo korg singgah,
just bagitau "nazay seorang..............(tidak melebihi 100 patah )
thanx eh.
xde arr just nak tgk ape quality aku supaye aku bley upgrade lagi.
"loyal to 1 ,sevice for all"

Monday, July 21, 2008

short notes

salam kepada semua.
aku xsempat nak updet blog buat mase terdekat nih.ade hal plak.
so kalo aku ade mase nnt aku updet.
btw skang aku more otu karya2 artistik seperti poem.
sbb bende nih jek yg buat aku rajen nak updet blog.kalo aku rase nak berkarya nnt aku upload karya aku di sini.tp kalo aku rase nak coret ttg rentetan idup aku satu ari nnt pun aku akn tulis.tp skang aku ngan ske utk berkarya sastera.haha..jiwang2 skit.

Saturday, July 12, 2008

senaskah buku

ada senaskah buku,
tebal isinya,
tinggi bahasanya,
indah tutur bicaranya

ada senaskah buku,
ada alkisah gembira,
ada cereka duka,
ada penawar sakitnya,
ada suruhanNYA,
ada peringatanNYA,
banyak fadhilatnya,
tenang bila membacanya.

ada senaskah buku,
terbiar usang dimamah usia,
terbiar di para-para,
disiat-siat dipijak-pijak,
dibiar lembik tiada bernyawa.

JANGAN!
jangan biarkan senaskah buku itu,
jangan dibiarkan ia merana,
ambillah dia,
belai dia,
bacalah dia,
sayangilah dia,
simpatikan dia.

Friday, July 11, 2008

dia dan melodi kita.

saat waktu berdetik,
tika itu melodi itu berkumandang,
aku duduk di satu penjuru.

kau,kau ada di situ.
sama.
kita menikmati melodi yg sama.
kau,aku, kita,
ya kita.
kita mendengar suara yang sama,
nada yang sama,
gelombang yang sama.

saat itu mata kau dan aku,
saling berpandangan.
iris coklatmu memandang itam anak mataku.
waktu itu chorus menerjah ke udara,
jiwa kita bergelora.

kini melodi itu ke udara lagi,
kau di sisi,
menemani,
kini kita girang bersama bernyanyi,
melodi kita.

Tagged by Rased

meraselah rased tag aku plak.



1) What is the most important thing in your life?

kerane diriku begitu berharge.me,myself,my family,shahnaz,my beloved frensss.

2) What is the last thing that you bought with your own money?
nasi lemak ayam ngan air susu+laici

3) Where do you wish to get married?
at my house coz i lyk da noise of relatives and neighbourhood.(kampong mode)

4) How old do you think you will be permanently owned by your love?
NOW? 21.

5) Are you in love?
basically yes.technically true.physically mad.

6) Where was the last restaurant you had dinner?
wimirie while skipping some classes.don't follow me.hehe.

7) Name the latest book that you bought?
buku teks random,process and queuing theory .

8) What is your full name?
abdul qulub ibni hussein al-lempoyak.

9) Do you prefer your mother or father?
both.mom for story telling,feelings,moral supports and dad for advices,financial supports

10) Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
hang jebir.

11) Christina or Britney?
or

12) Do you do your own laundry?
no.my mesin basuh do it for me.i did dried the clothes jek.

13) The most exciting place you want to go?
pulau sipadan.

14) Hugs or kisses?
kisses.yang ade caramel dalam die.

15) Point out 5 things about the person who tagged you.
fahmi:
1)glamourous
2)hot papa
3)chandow
4)baek hati
5)friendly

16)8 things I am passionate about:
1)studies(poyo2)
2)driving licences
3) my weight
4)tido
5)melody
6)shahnaz
7)shoes
8)camera

17)8 things I say too often:
1)lahanat
2)motif?
3)dow
4)uols

5)hoho
6)atoi
7)lalalalala
8)beb

18)8 books I've read recently:
1)utopia
2)utopia
3)-

19)8 songs I could listen to over and over again:
1) Fight for your rights - ACAB

2) 11 Januari - Gigi
3) Take a bow - Rihanna

4) Milk in Bottle - Meet Uncle Hussein
5) See You Again - The Eleanor Shortgun Affair
6) Say hi - Couple
7) Chinta - Butterfingers
8) Lucky - Jason Mraz ngan Colbie Cailat


20)8 things I learned last year:

1) Belajar rajen2
2) theres some1 behind your back
3) be patient

4)live in presents
5) loves my girlfriend

6) appreciate your family
7) loves ur friends very much

8) save the cheerleader,save the world

8 people to tag
  1. Nor Shazwina Shahnaz
  2. Affan Azami
  3. Latip Badboy
  4. Tuai Nakiwa
  5. Haaziq Zahar
  6. Syuhadah Ghazali
  7. Lyana syber
  8. Those who are stalkers

Thursday, July 3, 2008

lalala~~

salam..

another day today.nothing special except aku ade lab n berjaye menyiapkan lab tuh.hehe.yeah xde lab report nak kene hantar.esk jumaat.bley blik kluang.hehe.dpt jumpe eamil(my nephew).so ape nak citer arini eh??

owh dah 3 ari dah i xbg pape briter kat my gf.haha.lousy bf.so who cares rite?
ske ati aku la.emo jap.hahah..maaf la.emosi xstabil lately.
mungkin aku kehabesan modal lantas mula mencari publisiti murahan dgn menyiarkan citer sendiri.ok its not what you think ok.

k arinih aku nak citer pasal bende yg aku tringin nak buat sgt.


1- gi mintak maaf kat kawan2 seme (sowi la kalo aku ade salah silap kat korang.halal makan minum utang piutang tuh).

2 - g mkn kat kdai mkn yg aku ske.aku nak mkn naan special,nasi goreng daging kat enak tomyam,chicken chop kfc,n mkn kat mekdi puas2.hahahhaa.

3 - g wat bungee jump.aku tringin sgt nak wat bende2 nih.kat mesia kat mane eh ade bende nih??terjun menerjun nih best

4 - g ice skating.haha.tgk si rased citer men ice skating best.

5 - gi piknik lagi.aku ske piknik kat air terjun.xpun kat sungai2 mane2 yg bersih dan segar.nnt aku koling2 angah n gang bile nak g piknik eh.rindu kesejukan air sungai.

6 - nak jadik pemegang duit seposen paling byk kat mesia nih.(actually sy tgh kumpul duit seposen skang nih.hopefully kerajaan xlupuskan duit seposen nih)

7 - nak candle light dinner kat gazebo cam dlm citer CINTA tuh ngan most meaningful person for me.

8 - nak jumpe affan azami.tapi bile jumpe die aku xnak shake hands.aku nak pukul die separuh mati.pastuh baru aku ckp "appan,ko sehat?"

9 - nak beli tanah byk2.aku nak bukak ternakan kambing ngan lembu.so xyah la asyik order nasi goreng daging jek.sbb daging dah byk,bley aku suh sesape yg rajen masakkn aku nasi goreng daging.

10 - nak keep in touch ngan seme yg aku kenal skang.hopefully korg xjadik stranger utk aku nnt.

11 - nak buat byk d.i.y things utk dihadiahi kepade chek shazwina shahnaz.tp mase xcukup.so sy xbley nak buatkan byk brg2 d.i.y utk kamu.kamu taukan d.i.y things sgt bermakne kpd sy.walaupun xcantik,kamu sudi simpan(kamu simpan ke?).n xlupe juga kalo korg bestfren aku,korg maybe akn dpt d.i.y things dari aku.hehehe..

12 - nak lulus driving license so dat aku bley drive nnt.tp xsempat2 lagi nak abiskan.

13 - nak baling batu kat keter sesape ar.especially bmw 7 series.cambest jek dpt baling batu kat keter.aku xpnah try tp tringin nak buat.perhaps ur car?

14 - nak tido sepanjang hari tanpa buat ape2 melainkan tido.

15 - nak bli byk suar bundle.dah lame xgi bundle bli baju ngan suar.dah addicted ngan barang bundle.walaupun terpakai,tp brg bundle murah n berjenama.lalala~~

16 - nak bli kasut tuh.cantik.tp dah ade dah kasut kat umah.dah arr blom pakai lagi.tp xthn la tgk kasut tuh.xpe nnt ade duit lebey akn ku beli kasut itu.muahahah..

17 - nak kuar ngan sesiapa tanpa ade org risau n kisah even with my ex - girlfren(pengakuan ikhlas.hello! she just my ex.mcm la si X tuh sudi jek nak kuar ngan aku.)

18 - nak pakai baju sekolah balik.rindu uniform.

19 - nak jadik kawan yang paling berharga pernah korang ada.

20 - nak bgtau shazwina shahnaz bahawa sesungguhnya saya dah xmarah awak lagi dan saya harap awak berubah menjadi matang.saya harap awak fahami saya seperti mana saya cuba fahami awak.(alahai jiwang la plak si nazay nih)



harimau mati meninggalkan belang,
kalau aku mati?
aku nak tinggalkan jasa.

Tuesday, July 1, 2008

aku benci.

benci.aku benci tersepit.aku benci,dikongkong,aku benci memilih.

abaikan aku

aku ingin ke suatu tempat.jauh dari org.jauh di seberang.kat sana,xda org kenal aku,xda org kisah pasal aku,xda org yg sekat aku,xda org yg tau itu aku.kau tahu kat mane tempat tu?

aku ingin bebas,terbang macam burung,riang macam muzik berkumandang,segar seperti bayu menyapaku.
tanpa ketegangan,kusut,perasaan cemburu.kau tau mane nak cari semua tu?

aku ingin keseorangan,tidak memikirkan sesiapa,tiada sesiapa menyapa,tiada hati terluka,
tapi berapa lama aku boleh bertahan?

arghh....

aku hanya berfantasi lagi.kali ini aku memang ingin sepi.rasa marahku menjadi-jadi.
kenapa aku?kenapa aku?kenapa aku?


kau tahu mana lagi penting dalam hidup ini?kau tahu siapa paling penting dalam hidup ini?
kau tahu apa yg sepatutnya engkau tahu?

biarlah aku saja yang tahu.biar aku yang terima semuanya.biarlah...biarlah....asalkan kau puas dengan egomu,amarahmu,prinsipmu,ideologimu.

aku hanya aku.aku tetap aku,tapi aku tidak akan selalu begitu.