Thursday, July 24, 2008

krom

krom,
kau satu warna aneh,
tercetus hasil tindakbalas kimia,
kimia mu menghasilkan refleksi yang memandang mu

dirimu saksi segalanya,
suka duka dunia,
zaman mudanya ke zaman akhirnya,
tanpa mengira usia,
kau diminati jua,
warnamu menarik pandangan.

dirimu sungguh rapuh,
lapok dek hujan,
lekang dek panas,
sinarmu mudah menghilang,
sentuhan memberi konsekuensi,
warnamu sukar diyakini.

pergi-pergi sang air,
jangan kau hampiri krom,
aku mahukan krom itu bersinar,
seperti selalu.

karat,kau cela krom,
kau hilangkan seri krom,
nyah kau karat,
ko duri dalam daging,
kau kuasai krom kelak.

mungkin juga aku seperti krom,
perlukan jagaan,
atau mungkin aku akan berakhir,
dimamah karat dimakan hari.

3 comments:

affanazami said...

can i give u a very honest comment? no heart feelings k. jujur je aku sebagai pembaca n peminat karya sastera ni. haha.

first verse is too scientifically to me. takde 'rase'..
but 2nd verse is good.
3rd verse is even better.
4th verse is the most cynical. i like this verse.
5th verse aku takphm korelasi antara verse. pelik sket.. i dunno.
last verse is is a good ending.

itu pandangan je k.
write more!
smg cepat bertambah ilham!

Sang Ganjil said...

owhh.thanx..
aku cube memperbaiki lagi.hoho.

林依晨Amber said...

That's actually really cool!!AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,a片,AV女優,聊天室,情色