tahun ini tanaman tidak menjadi,
tak mengapa,
cuba lagi.
ikut resmi petani,
tanam lagi.
takkan nak salahkan pagar makan padi,
takkan nak harapkan si patung berdiri,
kalau bencana datang lagi?
tak mengapa tanam lagi.
mungkin menjadi,
mungkin juga mati lagi sekali.
tanam lagi.
sampai bila mahu ditanam lagi,
sampai bila meratap tumbuhan mati,
tanam lagi?
tanam lagi,
selagi tubuh empat kerat masih berfungsi,
selagi darah mengalir ke nadi,
jangan berhenti.
No comments:
Post a Comment