Monday, October 11, 2010

Mimpi

salam.entry ni luahan perasaan.sedikit emosi.ya,aku cry baby.first aku rase mmg nak pendam n xnak citer.tp malam semakin larut dan aku rase aku patut cerita dari aku simpan.

last 2 days aku bermimpi arwah mak lagi.kali ini,dalam mimpi aku berteriak kat die.Oh mungkinkah dosa silam aku menghantui aku dalam mimpi??Ya Allah kenapa mesti ko datangkan mimpi macam tuh.Waktu aku bgn tido aku xperasan,tp bila diingat semula,aku br perasan yg arwah mak dah meninggalkan aku.tp kenapa dalam mimpi tuh aku kena derhaka,berteriak kat die????aku harap lepas ini mimpi2 yang indah akan berlaku kat aku.

Perjalanan hidup aku pun masih panjang.masih byk first time yg bakal aku lalui...Dah sebulan lebih aku bekerja,maka 1st payroll pon aku dpt.tp xdpt la aku menjamahkan sedikit gaji aku kat insan bernama ibu.kekadang sedih jgk, bila dia byk bersusah-payah,last2 dia xdpt tgk kesenangan aku skang.aku harap dia gembira melihat aku dari sana.Pasni, byk lagi yang aku kene tempuh tanpa kehadiran seorang ibu dan aku rasa aku kena kuat.aku kena tabah.

mimpi aku berteriak memang mengusik perasaan aku.mungkin mimpi satu mainan tido,tp mimpi sedemikian buat aku sedih.kalau arwah masih hidup dapat aku tepon dan minta maaf?tapi skang??

aku rasa tiada istilah kegembiraan sebenar utk aku.analogi seperti kehilangan kepingan susun atur yg terakhir.tidak lengkap dan tidak sempurna.semuanya tidak sempurna.seperti ungkapan tiada siapa sempurna.hmmm.".tak baik meratap weii..."tapi aku juga manusia.

tiada yang kekal.semuanya akan kembali kepadaNYA.

p/s:macam mana rasa menanggung rindu yang akan dikandung sepanjang hayat?harap aku tabah.

Wednesday, October 6, 2010

Lagu Hari Ini

lagu lama.tetiba terasa nak dengar.lepas dengar kita berkongsi.kan sesuatu yg indah.


Tuesday, October 5, 2010

Minggu pertama di Kuala Lumpur

Fuh2.Berabuk sudah blog nih..maaf sebab dah lama menghilang.mungkin juga sebab kekangan masa dan juga tiada apa yg mahu diceritakan.owh seperti yang dijanjikan dahulu,bercerita pasal first week aku kat kl?

ok.aku akan ceritakan secara ringkas.Waktu aku berhijrah ke KL nih adalah ketika semua org sedang bercuti Hari kebangsaan,a day after i celebrated my birthday.masa tu la aku terhegeh2 menunggang motor pegi KL sebab keesokan harinya dah mula bekerja.Owh tym tuh, bulan puasa dan lagi 10 hari lagi nak raya.aku pulak tym tuh baru nak gi melapor diri kerja.selepas tibe di KL,aku tumpang menyewa dgn Affanazami.Its kinda funny sbb aku baru jumpe mamat nih kurang 3x (mase tu) n aku menyewa dgn die.selamba jek.

Hari Rabu, Gi TM training college, jln semarak utk settle dokumen2 sebelum masuk keje.owh b4 dat mlm tuh,affan bawak aku tunjuk jln utk aku gi sane since aku br jek sampai kl n h no idea about jalan2 kat sini.so die siap lukis peta bagai utk memudahkan aku esk.so,aku berjaya la sampai ke TMtc tu la.tp pergi jek la.Balik was another story.aku sesat jauh.semuanya sbb salah masuk lorong.bersiar2 aku balik tuh.ntah ape2 jalan aku redah.n tym tuh sampai habes kredit affan aku kejekan sbb die nak bg directions camne nak pulang.hahaha.last2 aku jumpe die kat masjid UPM.die amik aku kat sane n tunjuk jln.huhu.seb bek sempat berbuka.

Hari Khamis,1st tym melapor diri.Mase tuh gi bukit mahkamah,jalan raja chulan.Aritu aku amik keputusan naik tren utk balik.pergi affan anta aku sampai muka pintu TM tuh.So,aku pun gi la lapor diri.Then,after dat,aku kene transfer kat menara TM since post aku tuh mmg kat menara TM tuh.Dlm ati,peh slmt aku xbwk motor.kalo x sesat part 2 aku nak cari menara TM tuh.seb bek ade pak cik Basir die anta aku gi Menara TM. selamat sampai aku kat sane.huhuh.

Dah sampai menara,aku gi tmpt keje aku.jumpe la ngan ofismates2 semua.1st day aku kat ofis,aku jadik tunggul bernyawa.sbb aku takut nk gerak semua org sbb masing2 mcm bz buat keje.aku pon buat keje aku la.Bos aku bg notes suh study.so aku pon stadi jek la.

Maknanye,hari2 la kan aku kene gi keje ke menara tuh kan???haa..mcm mane aku gi ke sane????hari pertama keje kat menara,affan lukis peta pergi dan pulang.n seperti bese la,aku salah masuk simpang.haha.tp sampai jugak la ke menara.balik pulak, mcm2 jalan aku ikut.tp berjaya sampai rumah.

Owh aku juga perlukan "tongkat orang celik" utk bantu aku sepanjang mencari jalan.Terima kasih teknologi,aku guna GPS wei.dan aku naek motor.(sila la gelak berdekah2) sebab sepanjang aku tanye,xde org buat lagi.xkesah la.janji aku sampai ke destinasi.GPS aku bkn embed kat HP ye.GPS device.hahah.

Ada GPS pun,aku maseh ikut jln aku sendri.sebelum raya,5 hari gi tmpt keje,5 hari jalan lain.tp jalan pulang sama la.aku hafal jalan balik dulu sebelum jalan pergi.

Skang,sebulan berlalu.aku dah tau 3 jalan pergi keje.jalan balik ade 2 yang aku hafal.aku dah xguna gps lagi gi keje.heheh.dah mula bese dgn rentak orang kl nih.

K la.jumpe lagi di lain siaran.FYI, aku sedang suka keje aku nih.huhu.